PROTEIN
Kandungan Protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Mudah diHADAM dan dapat digunakan dengan CEPAT oleh tubuh bayi.
Sekiranya bayi diberi susu formula/ Nestum, Protein yang terdapat dalam susu tersebut boleh MENGGANGGU sistem pencernaan bayi kerana penyerapannya PERLAHAN dan SUKAR DICERNA oleh sistem pencernaan bayi.
Sesetengah bayi mengalami RUAM seluruh badan, CIRIT-BIRIT serta masalah lain yang membahayakan bayi apabila diberi susu formula.
Terdapat 2 jenis Protein utama dalam susu ibu iaitu KASEIN dan WEI.
Kasein protein mudah larut yang kompleks dengan Kalsium. Kuantitinya yang rendah mencukupi untuk PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN OTAK bayi. Kuantiti yang tinggi dalam susu formula memberikan bebanan kepada buah pinggang (ginjal) bayi semasa proses PERKUMUHAN.
Wei ialah cecair jernih pada lapisan susu ibu yang membeku. Komposisi utama ialah alfa-laktalbumin, laktoferin, lisozim, albumin dan immunoglobulin, iaitu antara nutrien yang penting dalam sistem pertahanan bayi terhadap penyakit.
LEMAK
Kandungan utama Lemak dalam susu ibu ialah triasilgliserol, fosfolipid dan aisd lemak. Lemak memberi tenaga kepada bayi. Enzim-enzim dalam susu ibu, terutamanya enzim lipase menghadamkan lemak supaya mudah dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.
Rantaian asid lemak yang panjang dalam susu ibu penting dalam PERKEMBANGAN OTAK dan PENGLIHATAN bayi. Kandungan kolestrol yang tinggi juga membantu dalam pembinaan sistem dalam tubuh bayi.
Kandungan lemak susu ibu akan dapat dilihat dalam perahan susu belakang (hindmilk) . Susu hadapan (foremilk) mengandungi kandungan lemak yang rendah dan diperlukan untuk menghilangkan dahaga bayi. Kedua-duanya diperlukan bayi untuk PERTUMBUHAN badan yang sempurna.
KARBOHIDRAT
Laktosa sumber karbohidrat susu ibu terdiri daripada galaktosa dan glukosa. kandungannya bertambah sepanjang penyusuan berlaku.
Fungsinya untuk membantu penyerapan Kalsium, menghalang pembiakan bakteria pada usus serta membantu perkembangan otak bayi.
Proses pencernaannya perlahan dan sesuai untuk keperluan bayi.
AIR
Ramai ibu risau anaknya akan dahaga dengan memberikan air kosong terutama ketika cuaca panas. Sebenarnya amalan ini ternyata SALAH dan boleh memBAHAYAKAN bayi serta menggagalkan penyusuan susu ibu.
Air kosong boleh mengurangkan jumlah nutrisi yang diterima bayi kerana kurangnya menghisap susu ibu.
Pemberian air juga akan meningkatkan risiko jangkitan kuman kepada bayi.
80-88%daripada keseluruhan susu ibu adalah AIR yang dihasilkan setiap kali penyusuan. Ia akan memenuhi keperluan tubuh bayi dan lebihan air dan komposisi yang lain akan disingkirkan dengan MUDAH oleh ginjal bayi.
MINERAL
Kandungan mineral dalam susu ibu:
Natrium, Kalsium dan Magnesium ialah kation utama yang penting dalam memastikan TUMBESARAN TULANG bayi.
Kandungan Zat Besi adalah rendah tetapi kadar penyerapannnya oleh usus bayi adalah tinggi. Ia penting untuk menghasilkan sel haemoglobin yang diperlukan dalam PEMBENTUKAN SEL DARAH MERAH. Bayi yang berumur melebihi 6 bulan memerlukan kandungan Zat Besi yang lebih tinggi. ibu boleh menambah bekalan Zat Besi melalui pengambilan sumber seperti daging, sayuran hijau dan bijirin. Kandungan Zat Besi yang tinggi dalam susu formula boleh mengundang PEMBIAKAN BAKTERIA berbahaya.
Zink diperlukan untuk menghasilkan dan mengaktifkan enzim-enzim dalam tubuh bayi.
Selain membekalkan zat yang mencukupi, susu ibu juga mempunyai rasanya yang tersendiri. Bayi akan dapat merasai makanan yang dimakan ibunya dalam tempoh 4-6 jam sebelum menyusuinya. Kepelbagaian rasa susu ibu menjadikan bayi lebih berselera. Bayi akan membiasakan diri dengan makanan yang dimakan ibunya. Hal ini akan memudahkan proses memperkenalkan makanan kepadanya apabila dia mencapai umur enam bulan kelak.
Semua khasiat dan kelebihan tersebut adalah penting untuk memastikan perkembangan fizikanl dan otak bayi. Peratusan yang diperolehi adalah mencukupi mengikut keperluan umurnya. Ibu tidak perlu risau tentang jumlah khasiat yang akan diperoleh oleh bayi

No comments:
Post a Comment