Kesan dari kolestrol yang tinggi dapat dilihat dari perubahan dan ciri yang berkaitan. Hal ini kerana, jika kadar kolestrol tinggi, tapi kita tidak pernah cuba untuk mengukur tahap kesihatan kita, mungkin entri kali ini boleh dijadikan pandua.
Penumpukan kolesterol tersebut diikenal dengan sebutan xanthomata, terutama dijumpai dalam kulit dan urat. Pada orang dengan kadar kolesterol tinggi kerana faktor keturunan, pengumpulan ini kadang-kadang tampak pada kulit, seperti separuh biji kacang. Pengumpulan kolesterol ini boleh dirasakan dan dilihat pada urat dekat buku jari atau sebagai gumpalan disekitar urat Achilles (urat Achilles adalah urat yang membentang pada otot betis bagan bawah hingga tumit).
![]() |
Bintik Kolestrol |
Pada peningkatan kadar lemak darah (hiperlipidemia), tanda-tanda kolesterol tinggi atau xanthomata boleh merupakan pembengkakan yang bulat, berawarna kuning atau jingga.Biasanya terletak diatas siku atau sebagai garis-garis jingga pada tapak tangan. Harus ditekankan bahawa banyak orang dengan kadar kolesterol tinggi tidak menunjukkan adanya xantomata.oleh kerana itu, diagnostic terbaik adalah dengan cara mengukur kadar kolesterol dan kadar lemak dalam darah.
Mungkin ada tanda-tanda kolesterol tinggi lain akibat peningkatan kadar kolesterol, tetapi hal ini tidak boleh dijadikan sebagai pegangan. Sebuah lingkaran putih atau bentuk setengah lingkaran dalam kornea mata biasanya merupakan petanda naiknya kadar kolesterol darah pada orang-orang yang berumur dibawah 30 tahunan. Namun, tanda ini lebih sering berlaku oada orang yang masuk ke dalam kelompok umur diatas 50 tahun. Hal itu tidak selalu merupakan petanda peningakatan kadar kolesterol darah.Petanda lain adalah tompok-tompok kuning dibawah kulit kelopak mata (xanthelasma).Kalau tanda ini kelihatan pada orang yang berumur dibawah 30 tahun maka sering dikaitkan dengan peningkatan kadar kolesterol. Namun hal itu juga boleh terjadi pada orang yang kadar kolesterolnya normal. Ketika mengukur lemak kolesterol penting sekali untuk mengetahui tahap dan faktor risiko keturunan terhadap penyakit jantung dalam keluarga, kebiasaan merokok mereka, serta perbandingan antara berat dan dan tinggi badan.Tekanan darah juga perlu diukur. Selain itu, sedikit contoh darah diambil dari arteri pada lengan untuk menyemak kadar kolesterol darah. Beberapa doktor mengemukakan bahawa ujian ini harus dilakukan pada pagi setelah berpuasa pada malam sebelumnya.Contoh darah kemudian diperiksa untuk mengetahui kadar kolesterolnya dan kadang-kadang untuk melihat kadar HDL kolesterol. Kes tertentu perlu dilakukan pelengkap ukuran kadar kolesterol dengan ujian lain terhadap komposisi lemak darah. Namun, kadar kolesterol harus selalu diambil kira kerana hal ini dapat dijadikan bahan pertimbangan mengenai faktor risiko penyakit jantung lain.
Usaha penurunan kadar kolesterol darah dengan cara semula jadi, seperti diet, sukan dan latihan, hingga usaha penurunan berat badan tidak selalu membawa hasil yang diinginkan dengan segera. Bahkan, usaha-usaha tersebut terkadang tidak terus mempengaruhi proses pembaikan. Di sinilah, peranan ubat-ubatan mulai difungsikan atau pesakit mulai menggabungkan antara aktiviti dan penggunaan makanan tambahan serta ubat-ubatan pilihan sesuai petunjuk doktor.
Shaklee menawarkan Set Kawalan Kolestrol Secara Semulajadi yang terdiri daripada :


# Bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol trigliserida dan lemak-lemak yang lain
# Membantu penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan, seterunya mengelakkan sel membran mengeras.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 || [wati.hawa@gmail.com]
fb : Norhawati Hawa
page : Vitaliciuos2u
No comments:
Post a Comment