I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Sunday 30 November 2014

Pra Diabetes~~~

Dianggarkan 20% daripada setiap 200 rakyat negara ini berada di tahap pra diabetes. Statistik yang diperoleh hasil daripada soal selidik oleh Nestle Nutrition dan Roche Diagnostics ini mendapati bagi 200 orang, 20% atau 40 orang daripadanya mempunyai tanda-tanda awal diabetes.

Oleh itu, kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pradibetes dan cara mencegahnya dengan memberi fokus untuk mengubah cara hidup sihat dan diet yang sihat sangat penting.

Selain itu, 5 simptom di bawah mampu memberi klu apakah anda salah seorang daripada golongan pra diabetes.

1) Anda tergolong dalam kumpulan risiko diabetes jenis 2
》》Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga uang menghidap diabetes atau merupakan bangsa kaum Orang Asli, Asia Selatan, Asia  Afrika atau Hispanic, anda berisiko dikategori sebagai pradiabetes. Faktor risiko termasuklah berusia lebih 45 tahun dan mengamalkan gaya hodup kuranh sihat.

2) Anda mempunyai masalah kesihatan berkaiatan diabetes
》》》 Keadaan dalam tubuh anda kadangkala boleh menyebabkan peningkatan gula darah. Sekiranya anda lebih berat badan atau obes (jisim berat badan melebihi 25) anda boleh mengalami pra diabetes. Begitu juga jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, penyakit jantung atau sindrom ovari polisistik ( PCOS). Jika anda menghidap lencing manis ketika hamil, anda juga boleh mengalami pra diabetes selepaa melahirkan.

3) Anda mempunyai simptom diabetes klasik
》》》 Kebanyakan individu pra diabetes tidak langsung menunjukkan simptom. Tetapi bagi sesetengah kes, peningkatan gula darah akan menimbulkan rasa dahaga, kerap membuang air kecil atau keletihan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya.

4) Tompok hitam baru muncul pada kulit
》》》 Individu de gan pradiabetes lazimnya mengalami masalah kulit yang dipanggil acanthosis dan nigricans. Ia berwarna gelap, tebal dan muncul di bahagian kulit yang berlipat atau berkedut. Biasanya di bawah leher, celah lengan, lipatan siku dan lutut serta buku lima.

5) Sentiasa tidak cukup tidur
》》》 Individu yang tidur kurang dari 6 jam setiap malam berisiko mengalami pra diabetes. Penyelidik percaya ia mungkin kesandaripada hubungan antara hormon, sistem saraf dan kurang tidur.

Biarpun begitu, anda perlu ingatpra diabetes boleh terjadi tanpa tanda-tanda di ataa, cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan melakukan ujian glukosa darah.



Saturday 29 November 2014

Khasiat Telur~~~

Telur Lindungi Kulit Dari Ultraviolet

Dua zat antioksidan yang terdapat pada telur iaitu lutein dan zeaxanthin, dikatakan boleh memberikan perlindungan berlipat ganda melawan sinar ungu atau ultraviolet yang boleh menyebabkan garis halus, bintik hitam dan kanser kulit.

Khasiat dari zat-zat ini boleh membuatkan kulit semakin lembut, kenyal dan mengelakkan kulit terhidrasi.

Amalan menggunakan satu biji telur swyiap hari secara signifikan meningkatkan kadar lutein dan zeaxanthin dalam darah dan bukan kolestrol.

Ini bermakna telur boleh mencegah kerosakan kulit dan melindungi retina dari kerosakan akibat bahaya cahaya, seperti dipaparkan dalam Journal of Nutrition.



Susu Merundum???


Masalah susu sedikit, susu merundum disebabkan oleh letih, jadual pam yang tidak menentu, period, pengambilan antibiotik, diet seharian yang tidak seimbanh dan lain-lain faktor adalah sesuatu yang normal di kalangan ibu mengandung.

Penyusuan susu ibu adalah satu tanggungjawab berat, nampak mudah tetapi tidak semudah yang disangka. Ujiannya besar kerana ganjaran yang Allah janjikan untuk.ibu-ibu menyusu juga besar.
Makanan tambahan Shaklee bukan sekadar penggalak susu @ milk booster.

 Manfaat yang diperolehi terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan ( sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dan lain-lain. Bukan sekadar untuk menambah kuantiti susi itu sendiri, tetapi menaik tambah nilai kesihatan badan dan susu yang dihasilkan.
Kebaikan yang dirasai dari dalam sehingga luar kesan pengambilan makanan tambahan Shaklee.


Set Penyusuan pilihan saya, berbaloi untuk kesihatan badan dan anak.
• Vita Lea @ multivitamin
• B-Complex
• Vitamin C
• Alfafa  Complex
• Ostemetrix
• ESP


Friday 28 November 2014

Omega Guard dan Insulin~~~

     
Omega 3 berfungsi mengurangkan paras insulin anda sepanjang hari.

Apabila paras insulin yang tinggi, anda tidak boleh menggunakan lemak untuk pembakaran tenaga. 

Apabila paras insulin yang tinggi, tahap HGH anda adalah rendah.

Omega 3 membantu memastikan paras HGH tinggi dan insulin pula rendah. Memastikan tahap 

insulin yang stabil adalah kunci utama dalam mengelakkan dewasa kencing manis.

Minyak ikan juga secara langsung meningkatkan pengoksidaan lemak.




Wednesday 26 November 2014

B-Complex

Vitamin B-Complex adalah keluarga vitamin larut air.


Manfaat utama pada kesihatan
★ Menggalakkan penghasilan tenaga, mebgekalkan kesihatan kulit, otot, sistem pertahanan dan saraf.
★ Vitamin B menggalakkan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ia digunakan dalam pengurusan berat badan.
★ Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa Vitamin B ini mwmbantu dalam memperbaiki simptom- simptom dan tanda-tanda masalah saraf berkaitan diabetea atau pengambilan alkohol.
★ Penting juga untuk penghaailan tenaga dan mengekalkan kesihatan kulit sistem saraf dan pemakanan.
★ Vitamin B juga merangsang penggunaan protein dan karbohidrat dan juga penghaailan hormon.
★ Memainkan peranan dalam penghasilan sel darah merah dan pengekalan fungsi sistem saraf.


Pilihan saya, semeatinya B-Complex Shaklee, kerana ianya mengandungi semua kandungan Vitamin B yang diperlukan oleh badan.


Ingin mendapatkan vitamin pilihan saya? Jom hubungi saya.



Tuesday 25 November 2014

Alfafa Yang Hebat!!






Alfafa Complex sangat baik diamalkan oleh wanita, ianya sangat membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut @ sakit pinggang melampau tatkala didatangi haid.


Pengambilan Alfafa Complex bersama kalsium turut membantu dalam hubungan suami isteri ( Alfafa bertindak seperti kacip fatimah).





Monday 24 November 2014

Kurus dan Omega Guard~~~




Cara makan Omega Guard untuk ibu ibu yang nak kurus.
♥ Omega TIDAK BOLEH diambil lebih dari 3 biji sehari. Ibu ibu boleh ambil maximum 3 biji sahaja sehari.
♥ Untuk mengurangkan nafsu makan yang membuak buak (terutamanya selepas menyusu @ mengepam , ambil Omega selepas makan. Jangan sesekali ambil ketika PERUT KOSONG.
♥ Boleh diambil sama ada 1 biji selepas sarapan dan 2 biji selepas makan tengah hari atau malam sebelum tidur.
★★Saintis Jepun telah membuat kajian dan hasilnya Omega 3 menghalang pembentukan lemak tidak sihat dan membantu pembakatan lemak.



》 BONUS!!!


★★  Omega juga bagus untuk kulit, mrmbantu menstabilkan hormon wanita, malah sangat baik untuk radang kulit seperti ekzema dan jerawat. ★★★
Untuk ibu yang menyusu tapi inginkan bentuk badan langsing, cuba lah Omega Guard.




Sunday 23 November 2014

Setelah Lima Tahun~~~







Semalam kami berempat bergambar untuk kenang kenangan di hari kemudian, Setelah berpenat lelah selama lima tahun...yer LIMA tahun untuk mendapatkan gbar sebegini.


Yer, bukan senang nak senang, memang senang nak susah.

Segala perit jerih dan keringat air mata terbayar, sebenarnya rasa sedih dan sayu pulak bila dah abis. Maklum lah, ini dunia kehidupan saya selain pegi keje balik

Mengenali mereka yang kerja di tempat yang berbeza memang membuka minda dan kotak fikiran kita, rasa tak lah duduk dalam bulatan fikiran yang sama.

Dan atas dasar itu juga membuatkan saya berminat untuk join grup Jutawan Shaklee.

Semoga hari mendatang akan membawa perubahan kepada diri ini.





am* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Friday 21 November 2014

KIsah Omega Dan Mealshake~~~



Ini Muhammad Yusuf Zaqwan. Anak saya yang ketiga,Mula mengamalkan Mealshake sejak berumur 1 tahun ++ dan mula mengamalkan Omega Guard sejak umur 9 bulan ++. Pada mulanya Omega Guard bertujuan untuk mengurangkan selsema dan lelah yang disebabkan selsema yang panjang, lama-lama dah amal nampak pulak side effect dia.





Side effect sejak amalkan dua produk ni, Alhamdulillah sekarang dah petah bercakap, walaupun pelat. pada umur 2 tahun 6 bulan dah mula bertanya macam-macam. Yang bestnya, kalau kita cakap apa-apa kat abang-abang dia, lain kali dia akan cakap benda yang sama.

Mudah ngikut bab solat, sejak umur 2 tahun ayahnya mula bawak ke masjid, dan alhamdulillah, dia boleh ikut peraturan kat masjid dan ikut sekali pergerakan solat.

Syukur sangat-sangat!!!




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
||  012 - 637 1558 || [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Thursday 20 November 2014

Ibu Menyusu Dan Haid~~~








Kenapa Kebanyakan Ibu Menyusu Tak Datang Haid?


Saya kongsikan dari blog Kasih Sayang

KAITAN PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN MENSTURASI:

Kenapakah kebanyakan ibu menyusu tidak mengalami kedatangan haid?

Ini dapat dijelaskan dalam rajah ni..











Dalam keadaan biasa, Hypotalamus menghantar gonadotropin releasing hormone (GnRH) ke kelenjar pituitari. Akibatnya kelenjar pituitari mengeluarkan follicle stimulating hormones (FSH) yang menjadikan ovari menghasilkan telur.

Ovari lantas mengaktifkan estrogen bagi membentuk lapisan dalam rahim untuk persediaan sekiranya berlaku persenyawaan. Sekiranya tiada persenyawaan, lapisan ini akan gugur sebagai darah haid.

Lalu, apa kaitan dgn penyusuan?

Hormon prolaktin yakni hormon penyusuan menyebabkan kelenjar pituitari menghantar arahan kepada hipotalamus agar tidak menghantar GnRH ke ovari. Jadi ovari tidak menghasilkan telur dan tidak merangsang estrogen. Oleh itu tiada telur yg keluar, tiada lapisan rahim terbentuk. Maka sebab itu kebanyakan ibu menyusu tidak mengalami kedatangan haid, terutama yang direct feeding & exclusive breastfeeding.

Namun, tak semua ibu menyusu tidak didatangi haid ya. Macam saya sekarang, baby dah masuk 8 bulan tapi masih belum didatangi period lagi. Mula-mula was-was jugak, siap beli pregnant test lagi, bukan ape, sebab tak pernah jadi macam ni.

Biasanya kalau dah tak 100% DF (dah kerja & pam) hormon prolaktin tak 'sekuat' biasa sbb dah kurang stimulasi (masa siang tak pam tiap jam)

Setiap ibu act differently sebenarnya terhadap perubahan hormon. Cuma secara teori amnya ibu yg menyusu tidak mengalami kedatangan haid atas sebab2 di atas :)

Ibu-ibu boleh cuba GLA Complex untuk mengatasi masalah ini. Setakat ini saya pun masih mencuba GLA Complex untuk menstabilkan haid.































* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Wednesday 19 November 2014

Wordless Wednesday~~~


Sebagai panduan untuk ibu-ibu yang menyusu













* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati]
 Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Tuesday 18 November 2014

Beza Susu Ibu Dan Formula~~~



PROTEIN

Kandungan Protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Mudah diHADAM dan dapat digunakan dengan CEPAT oleh tubuh bayi.
Sekiranya bayi diberi susu formula/ Nestum, Protein yang terdapat dalam susu tersebut boleh MENGGANGGU sistem pencernaan bayi kerana penyerapannya PERLAHAN dan SUKAR DICERNA oleh sistem pencernaan bayi.

Sesetengah bayi mengalami RUAM seluruh badan, CIRIT-BIRIT serta masalah lain yang membahayakan bayi apabila diberi susu formula.

Terdapat 2 jenis Protein utama dalam susu ibu iaitu KASEIN dan WEI.

Kasein protein mudah larut yang kompleks dengan Kalsium. Kuantitinya yang rendah mencukupi untuk PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN OTAK bayi. Kuantiti yang tinggi dalam susu formula memberikan bebanan kepada buah pinggang (ginjal) bayi semasa proses PERKUMUHAN.

Wei ialah cecair jernih pada lapisan susu ibu yang membeku. Komposisi utama ialah alfa-laktalbumin, laktoferin, lisozim, albumin dan immunoglobulin, iaitu antara nutrien yang penting dalam sistem pertahanan bayi terhadap penyakit.

LEMAK

Kandungan utama Lemak dalam susu ibu ialah triasilgliserol, fosfolipid dan aisd lemak. Lemak memberi tenaga kepada bayi. Enzim-enzim dalam susu ibu, terutamanya enzim lipase menghadamkan lemak supaya mudah dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.

Rantaian asid lemak yang panjang dalam susu ibu penting dalam PERKEMBANGAN OTAK dan PENGLIHATAN bayi. Kandungan kolestrol yang tinggi juga membantu dalam pembinaan sistem dalam tubuh bayi.

Kandungan lemak susu ibu akan dapat dilihat dalam perahan susu belakang (hindmilk) . Susu hadapan (foremilk) mengandungi kandungan lemak yang rendah dan diperlukan untuk menghilangkan dahaga bayi. Kedua-duanya diperlukan bayi untuk PERTUMBUHAN badan yang sempurna.

KARBOHIDRAT

Laktosa sumber karbohidrat susu ibu terdiri daripada galaktosa dan glukosa. kandungannya bertambah sepanjang penyusuan berlaku.

Fungsinya untuk membantu penyerapan Kalsium, menghalang pembiakan bakteria pada usus serta membantu perkembangan otak bayi.

Proses pencernaannya perlahan dan sesuai untuk keperluan bayi.

AIR

Ramai ibu risau anaknya akan dahaga dengan memberikan air kosong terutama ketika cuaca panas. Sebenarnya amalan ini ternyata SALAH dan boleh memBAHAYAKAN bayi serta menggagalkan penyusuan susu ibu.

Air kosong boleh mengurangkan jumlah nutrisi yang diterima bayi kerana kurangnya menghisap susu ibu.

Pemberian air juga akan meningkatkan risiko jangkitan kuman kepada bayi.
80-88%daripada keseluruhan susu ibu adalah AIR yang dihasilkan setiap kali penyusuan. Ia akan memenuhi keperluan tubuh bayi dan lebihan air dan komposisi yang lain akan disingkirkan dengan MUDAH oleh ginjal bayi.

MINERAL

Kandungan mineral dalam susu ibu:
Natrium, Kalsium dan Magnesium ialah kation utama yang penting dalam memastikan TUMBESARAN TULANG bayi.
Kandungan Zat Besi adalah rendah tetapi kadar penyerapannnya oleh usus bayi adalah tinggi. Ia penting untuk menghasilkan sel haemoglobin yang diperlukan dalam PEMBENTUKAN SEL DARAH MERAH. Bayi yang berumur melebihi 6 bulan memerlukan kandungan Zat Besi yang lebih tinggi. ibu boleh menambah bekalan Zat Besi melalui pengambilan sumber seperti daging, sayuran hijau dan bijirin. Kandungan Zat Besi yang tinggi dalam susu formula boleh mengundang PEMBIAKAN BAKTERIA berbahaya.
Zink diperlukan untuk menghasilkan dan mengaktifkan enzim-enzim dalam tubuh bayi.

Selain membekalkan zat yang mencukupi, susu ibu juga mempunyai rasanya yang tersendiri. Bayi akan dapat merasai makanan yang dimakan ibunya dalam tempoh 4-6 jam sebelum menyusuinya. Kepelbagaian rasa susu ibu menjadikan bayi lebih berselera. Bayi akan membiasakan diri dengan makanan yang dimakan ibunya. Hal ini akan memudahkan proses memperkenalkan makanan kepadanya apabila dia mencapai umur enam bulan kelak.

Semua khasiat dan kelebihan tersebut adalah penting untuk memastikan perkembangan fizikanl dan otak bayi. Peratusan yang diperolehi adalah mencukupi mengikut keperluan umurnya. Ibu tidak perlu risau tentang jumlah khasiat yang akan diperoleh oleh bayi



.* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] 
Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa 
 page : Vitaliciuos2u


Monday 17 November 2014

Makanan Cairkan Lemak~~~

Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk membakar lemak dalam badan selain senaman dan diet. Anda masih boleh membakar lemak semasa makan.

Caranya adalah melalui pemilihan empat jenis makanan seperti bawang putih dan merah yang mengandungi sulfur untuk bertindak melancarkan penghadaman dan metabolisme tubuh.

Selain itu, tomato juga mempunyai peranan yang sama selain kaya dengan vitamin A, B6, C dan K.

Pilihan lain, anda boleh makan lobak merah yang mengandungi Vitamin A (karotena) atau makan timun untuk melawaskan anda ketika membuang air besar.

Ayuh cairkan lemak anda!!!

Psssttt : Omega Guard sgt pantas membakar lemak.

Amik dan telan...senang dan cepat.



Sunday 16 November 2014

Saiz Perut Baby ~~~


Ramai ibu-ibu mengeluh bila pada hari pertama kelahiran dan minggu pertama kelahiran, Jumlah susu yang keluar didapati sedikit dan tidak mengalami bengkak payudara.

Sebenarnya, pada awal 2 minggu pertama kandungan susu badan adalah kolustrum yang merupakan kandungan yang kaya dengan antibodi untuk daya tahan dan imunisasi bayi. Kandungan kolustrum ini sangat bernilai dan berwarna kuning cair.


Gambar di atas menunjuk saiz perut bayi bermula pada hari pertama kelahiran. sebagai panduan untuk ibu-ibu yang merasakan bayi tidak cukup susu. Sebenarnya badan kita akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi kita, oleh sebab itu, masalah bayi tidak cukup susu sepatutnya kita buang jauh-jauh dari fikiran dan minda kita.

Bayi tidak memerlukan makanan pejal pada 6 bulan pertama kelahiran, oleh itu kita hendaklah mengelakkan sebarang bentuk makanan pejal kepada bayi, terutamanya nestum.

Seharunya, bayi diberikan hanya susu badan sahaja, ini kerana usus dan organ bayi masih belum matang untuk memproses bahan makanan pepejal.

Sebagai ibu, sentiasa setkan minda kita untuk menyusukan bayi anda dengan HANYA susu ibu, dan berusaha untuk menyusukan bayi sejak hari pertama kelahiran.



Saturday 15 November 2014

Nutrisi untuk badan

Ramai di kalangan ibu menyusu sangat teruja untuk mencuba penggalak susu atau milkbooster.

Sebenar nya apakah itu milkbooster?
Milkbooster ialah apa-apa bentuk makanan atau persekitaran yang boleh menyebabkan susu terhasil lebih dari biasa.

Sebenarnya, dalam konsep penyusuan, demand vs supply atau permintaan dan penawaran. Ini kerana otak kita akan menerima signal yang susu perlu dihasilkan, oleh sebab itu hormon dirembeskan untuk menghasilkan susu badan.

Penggalak susu tidak hanya terhad kepada pemakanan, tetapi ade juga dikalangan ibu menyusu yang merasakan mood yang happy dan persekitaran yang seronok banyak membantu menghasilkan susu.

Contoh yang mudah, jika kita menyusukan bayi kita secara terus (direct feeding), proses let down refleks lagi cepat terjadi berbanding menggunakan pam, ini kerana kita rasa seronok, selasa dan gembira menyusukan bayi dan ade sentuhan antara kita dan bayi.

Antara kepentingan lain mengambil makanan tambahan sewaktu menyusu, bukan sahaja untuk membantu badan menghasilkan susu, tetapi untuk mendapatkan hasil susu yang berkualiti untuk bayi dan juga untuk kesihatan badan ibu sendiri.

Set penyusuan Shaklee banyak membantu saya untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, sekaligus menghasilkan susu untuk bayi. Jika badan kita sihat dan cukup nutrisi, in sha Allah proses penyusuan akan berjaya.



Friday 14 November 2014

Jatuh Cinta~~~

Mengandung, berpantang dan menyusu. Alhamdulillah Shaklee mampu memenuhi keperluan kesihatan saya.
Banyak menbantu melancarkan perjalanan saya mengharungi pengalaman mengandung, berpantang dan menyusu.
Kenapa kita perlukan makanan tambahan ketika melalui fasa-fasa ini?
Kerana badan kita tak mampu menampung keperluan nutrien yang diperlukan, melainkan anda adalah seorang yang mampu makan dan minum mengikut piramid makanan dan memenuhi keperluan nutrien badan seperti yang disarankan.
Saya tidak mampu mengambil semua makanan sihat setiap hari disebabkan faktor kesibukan bekerja dan pilihan yang ada, oleh itu saya 'tampal' lompong keperluan nutrien saya dengan menggunakan makanan terbaik di dunia.
♥♥SHAKLEE♥♥








Thursday 13 November 2014

Antibiotik Semulajadi~~~

Jika anak-anak kena sakit tiga serangkai, demam, batuk dan selsema biasanya doktor akan mengesyorkan antibiotik jika demam lebih dari tiga hari.
Biasanya juga, doktor akan tanya sebarang alahan berkait dengan antibiotik.
Sesetengah kanak-kanak akan mengalami sipmtom muntah @ bloating akibat penggunaan antibiotik.
Alhamdulillah, saya telah gantikan antibiotik semulajadi untuk anak-anak saya ( yang dah boleh telan tablet).
Mengaplikasikan dari pengetahuan berkaitan batuk, minyak bawang putih, saya mengambil pendekatan menggunakan pil bawang putih @ Garlic Complex untuk anak-anak yang batuk di samping Omega Guard. Alhamdulillah berkesan mengurangkan dan mengubati batuk dan selsema.
Salah satu manfaat Garlic Complex ialah sebagai Antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
Sangat berbeza dengan antibiotik sintetik yang mana akan mengurangkan imun dan daya tahan badan.
Saya telah merasinya...anda bagaimana???




Wednesday 12 November 2014

Perbezaan Shaklee~~~

Selamat Secara Semulajadi, Terbukti Berkesan Selama Lebih 50 Tahun.

Sentiasa Selamat.
■ Lebih daripada 80,000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan.

■ Potensi Terjamin- pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga.

■ Ketulenan terjamin - 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru.

■ 100% kepuasan terjamin.

Sentiasa BERKESAN.

★ $300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan.

★ Terdapat 70 kajian klinikal bercetak

★ Terdiri daripada 60 saintis Shaklee

★ Terdapat 55 paten dan paten tertunda

★ Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung.

Sentiasa MESRA ALAM.

♥ TIADA perasa-perasa tiruan.
♥ TIADA pemanis tiruan
♥ TIADA  pewarna atau lemak trans
♥ TIADA bendasing tersembunyi
♥ TIADA UJIAN terhadap haiwan
♥ TIADA bahan-bahan yang diharamkan
♥ TIADA  peluntur klorin.



Tuesday 11 November 2014

Anak-anak Autisme~~~


Apa itu autisme?

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala “hidup dalam dunianya sendiri”.

Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.

Autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

Autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang mereka lihat.

Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang berikut:

  • Kurang atau tiada kontak mata
  • Kurang ekspresi muka
  • Tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
  • Lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
  • Mengulang kata-katanya secara berulang kali
  • Kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
  • Mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
  • Tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin 
  • Melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
  • Mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu

Bagaimana ianya berlaku?


Penulis buku Brighton Baby, Dr Roy Dittmann berkata, kebanyakan individu menderita akibat kekurangan mineral yang kronik dan tidak seimbang disebabkan tanah yang digunakan untuk pertanian telah kekurangan mineral. “Keadaan ini mengakibatkan makanan kita kekurangan nutrisi. Kemurungan selepas bersalin dan penyakit kanak-kanak adalah tanda kekurangan mineral. Begitu juga keadaannya seperti petani pintar akan menyiram tanaman mereka menggunakan air laut bagi mengembalikan mineral ke tanah mereka. Tetapi ini agak mustahil untuk dilaksanakan oleh petani yang berada jauh dari lautan.


“Setiap kanak-kanak dilahirkan berbeza. Kekurangan mineral boleh menjejaskan kesihatan. Mineral adalah perlu bagi pengangkutan oksigen, metabolisme tenaga, pertumbuhan dan perlindungan sel dan saraf,” kata Dr Roy Dittmann.


Oleh yang demkian adalah satu perkara yang penting bagi ibu bapa untuk bersedia dan merancang di dalam hal-hal pemakanan untuk memastikan dirinya menerima nutrisi yang lengkap untuk memastikan bayi yang dilahirkan mendapat sumber mineral yang mencukupi. Ibu adalah orang yang perlu memastikan dia mendapatkan sumber bekalan nutrisi yang diperlukan ketika mengandung supaya bayi yang dikandung akan mendapat sumber tersebut dengan lengkap.

Rujukan: http://www.hmetro.com.my/articles/Hidupdalamduniasendiri/MA/Article



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Monday 10 November 2014

Panduan Cara Makan Omega Guard~~~

 Wah entry pun, nak makan Omega pun ada panduan jugak yer.

Iyer, panduan ini mungkin amat berguna bagi ibu-ibu atau penjaga atau sesiapa sahaja yang inginkan maklumat berkenaan.

# Cara Makan





# No 1

Caranya bagi jer kat anak-anak dan terus kunyah. Anak yang umur 2 tahun setengah tu sangat suka kunyah mcm gula-gula getah. ntah ler bau hanyir ke tak...yang penting dia seronok dan selamat ditelan.

# Cara Makan

# No 2

Picit Kapsul Omega dan letakkan di dalam susu atau pun makanan anak-anak. Saya mempraktikkan cara ini sewaktu anak dalam peringkat makan bubur. letak Omega hingga larut.

# Cara Makan




# No. 3

Picit kapsul Omega dan keluarkan cecairnya, letakkan ke dalam sudu dan suap anak anda menggunakan sudu.


Bagaimana Cara Pengambilan Omega Guard Untuk Kanak-kanak?

Anak-anak seawal usia 1 tahun selamat untuk diberi Omega Guard.
Bilangan tablet yang boleh diberi dalam sehari adalah 1 biji sahaja (selang sehari pun boleh).
Kapsul Omega Guard diperbuat dari gel yang lembut dan halal. Ia mudah ditelan dan mudah larut.




Semoga info ini dapat sedikit sebanyak membantu ibu bapa di luar sana bersama berkongsi kebaikan Omega Guard.








* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 || [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa
 page : Vitaliciuos2u


Sunday 9 November 2014

Si Abang Sulung~~~

Anak sulung saya, walaupun lelaki dan baru berusia 8 tahun, tapi dia banyak sgt membantu.

Sape kata dapat anak lelaki tak de yang nk tolong ibu kt rumah, boleh jer. Semuanya bergantung pada asuhan dan didikan kita sebagai ibu bapa.

Terima kasih wahai anak, kerana sudi tolong ummi menjaga dan menguruskan adik-adikmu. Luv u so muchhhh!!!



Saturday 8 November 2014

Sumber Makanan Kaya Omega~~~



Banyak produk-produk di pasaran yang menambah tuntutan bahawa produk mereka mengandungi Omega 3. Biasanya banyak dijumpai pada produk yang digunakan anak-anak dan juga pesakit kolesterol tinggi. Apa sebenarnya Omega 3 itu?


Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak tidak tepu yang sangat diperlukan tubuh. Malangnya, tubuh tidak boleh menghasilkan sendiri jenis lemak ini sehingga keperluan akan lemak jenis ini perlu didapatkan melalui pengambilan makanan.

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.

Para ahli pemakanan menyatakan bahawa tubuh memerlukan sekitar 300 mg Omega 3 per harinya.






1. Telur

Telur ayam adalah bahan makanan yang boleh anda temui di mana saja.Penggunaan telur dapat memenuhi pengambilan nutrisi lemak omega-3 anda.Kuning telur mempunyai lemak sihat. Dari sebutir telur, anda boleh memperoleh sekira 40-250 miligram asid lemak DHA dan EPA.





2. Kacang Kenari / walnut

Kacang walnut adalah salah satu bahan makanan nabati dengan kandungan 2,600 miligram lemak sihat yang cukup untuk menutrisi tubuh anda.





3. Ikan Salmon

Ikan salmon yang terkenal tinggi kandungan EPA dan DHA-nya, boleh memberikan sekira 1.600 miligram asid lemak omega-3 yang baik bagi pertumbuhan otak anak anda.





4. Ikan Tuna

Ikan tuna memang saat ini diperbincangkan akibat munculnya merkuri di dalamnya. Namun, jika kita boleh memilih yang masih segar dan tidak mengambil secara berlebihan, ada sekira 1.100 miligram asam lemak yang dapat diserap tubuh anda.







5. Biji rami (flax seed)

Biji rami adalah makanan pertama yang kaya akan asid lemak omega-3.Khasiatnya adalah untuk melawan kolesterol dan penyakit jantung. Untuk menjaga pemakanan omega-3 dalam biji rami, simpan makanan tersebut dalam bekas kedap udara.Sekurang-kurangnya anda perlu makan dua sudu makan biji rami untuk memenuhi keperluan omega-3 setiap hari.





6. Biji chia (Chia Seed)

Selain biji rami, chia juga merupakan keluarga bijirin seterusnya yang mengandungi asid lemak omega-3. Biji chia boleh dikunyah sebagai makanan ringan atau menaburkannya pada salad. Biji chia bagus untuk pencernaan, sebab di dalamnya kaya akan serat yang membantu pergerakan makanan dalam proses pencernaan. Nilai tambahan lain dari biji chia adalah kemampuannya dalam memberikan daya tahan bagi tubuh.








7. Minyak ikan

Bentuknya tersedia dalam tablet tambahan mau pun bentuk cecair. Pengambilan pil minyak ikan dalam sehari cukup memenuhi keperluan omega-3 bagi anda.







8. Kacang soya

Tidak suka kacang kenari? Cuba beralih ke kacang soya .Keluarga kacang yang satu ini boleh didapati dalam bentuk susu dan produk lain. Rasanya nikmat dan kaya akan asid lemak omega-3. Kacang soya juga penuh akan nutrisi seperti serat, zat besi , protein , kalsium , vitamin K , dan asid folat . Nikmati susu soya terutamanya jika anda mempunyai alergi tertentu terhadap susu lembu.




9. Bunga Kobis

Sayuran yang kaya akan asid lemak omega-3 adalah bunga kobbis. Nutrisi penting dalam bunga kobis di antaranya adalah kalium, magnesium, dan niasin yang menyokong kesihatan jantung. Bunga kobis biasanya dimasak dengan cara ditumis atau diolah menjadi sup. Cari resipi masakan yang lazat untuk menikmati bunga kobis dan mendapatkan nutrisi sihat di dalamnya.







10. Minyak canola

Minyak canola mampu menjaga kesihatan jantung kerana ada asid lemak omega-3 di dalamnya. Menukar minyak goreng biasa dengan minyak canola adalah salah satu cara mendapatkan nutrisi di dalamnya. Selain itu, minyak canola juga boleh dititiskan ke atas salad sayur sebagai pengganti mayonnaise yang biasanya sangat berlemak.





11. Bayam

Bayam merupakan sumber makanan kaya akan asid lemak omega-3 adalah bayam. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap ini boleh dinikmati setiap hari untuk mendapatkan pengambilan omega-3 bagi tubuh. Bayam juga rendah kalori dan tinggi zat besi.Jadi jangan ragu memasak bayam menjadi makanan lazat dan mendapatkan nutrisi maksimum di dalamnya. 



Sumber rujukan : makanan kaya omega


Jika anda tidak mendapat cukup bekalan makanan yang menjadi sumber omega-3 di atas, mungkin anda perlu mengambil makanan tambahan, khususnya jika anda mengalami penyakit jantung, atau jika level trigliserida anda tinggi.

Untuk saya, saya percayakan Omega Guard Shaklee, 3 biji sehari untuk keperluan badan saya.
















* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 ||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa
 page : Vitaliciuos2u