I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Tuesday 16 December 2014

Kenali Musuh No. 1 Ibu Menyusu!!!




Dalam menjayakan penyususan susu ibu, perkara asas yang penting ialah, "DEMAND & SUPPLY" , mungkin ramai ibu tak faham konsep ni sbb ramai lagi yang tak kenal dengan FIL (feedback inhibitor of lactation)..sebenarnya selain STRESS dan pemikiran NEGATIF, FIL merupakan MUSUH NO 1 semua ibu yang menyusukan anak.

"FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen."

Saya akan terangkan lebih lanjut, keadaan ini sering terjadi apabila ibu-ibu sering menangguh atau tidak sempat untuk mengosongkan payu dara untuk satu satu sesi mengepam atau menyusu. Jika ibu mengunggu rasa susu 'penuh' atau payu dara membengkak sebelum mengepam atau nagi secara terus kepada bayi atau anak, FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Oleh sebab itu, semakin lama, semakin kurang susu dihasilkan, maka terjadi lah keadaan yang amat merisaukan ibu-ibu, SUSU MERUNDUM @ DROP

Situasi berbeza kalau ibu yg rajin susukan anak, rajin pam waktu kat ofis dan payudara sentiasa kosong, paras FIL akan kurang dan kuantiti sikit je bergantung pd berapa kosong breast ibu..bila FIL ni kurang, badan akan terus terusan menghasilkan susu sebab otak tak ada pun terima hasutan dari FIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu..






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 ||[wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Mujarab Untuk Ibu Menyusu Yang Bermasalah!!




Apa itu Power Pumping

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tapi dalam cara yg lebih unik. Ianya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

2. Ibu yang ingin menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

1. Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

2. Untuk Double Pump – Pam kedua dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

3. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok eloknya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Ibu-ibu jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu!

Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga dpt hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin. Semoga berjaya menyusukan si comel anda semua.
















* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Susu Meriah!!! 6 Perkara Anda Wajib Tahu~~~


Semua ibu mengidamkan kehadiran cahaya mata dan menyusukan bayi dengan jayanya sehingga 2 tahun.

Tapi adakah kita semua tahu yang menyusukan bayi dengan susu ibu akan menjadi lebih mudah jika kita tahu konsep asas penyusuan.

Di bawah ini adalah senarai yang wajib anda tahu untuk penyusuan susu ibu yang berjaya.



1. Kerap kosongkan payudara maksudnya kerap susukan baby bile baby bersama dengan kita & keraplah mengepam bila baby takde dengan kita..

2. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam..no no no ya..sebab jangan biar protien jahat FIL ni menghasut otak menghentikan production susu..itu yang akan buat supply akan makin merundum @ drop..

3. Lebihkan makan sayur dan makanan apa  yang ibu semua suka ya..enjoy the food..minum air kosong lebih..

4. Keep positif..jauhi stress ini semua boleh block hormon oksitosin (hormon yg bertanggungjawab keluarkan susu dari payudara) dari terhasil..Bile hormon oksitosin kurang, susu pun malu malu nak keluar..

5. Teruskan berdoa, selalulah berzikir..hanya Dia tempat kita memohon setiap hajat..

6. Saya mengamalkan pembantu saya yang setia, SET PENYUSUAN SHAKLEE. Untuk kesihatan dan kecergasan badan, kalau badan letih lesu dan kurang bermaya macam mana nak hasilkan susu yang berkhasiat untuk anak-anak.











* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 Berminat @ sebarang pertanyaan :

 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 ||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Friday 12 December 2014

Doa Untuk Ibu Yang Menyusu~~~


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

 Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita dan  anak kita dan banyakkan susu kita

.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.

Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

 Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...





Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Rawat Kulit Dari Dalam~~~


Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Supplement Shaklee menawarkan perawatan kulit berjerawat yang menekankan kesihatan dalaman di mana punca jerawat terjadi.


Set Kecantikan kulit yang merangkumi B-complex, Vitamin C dan juga Vitamin E + ESP


B-complex
 – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin C
 – Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E
 – Merupakan antioksidan yang sangat berupaya  dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya
.[Sumber: webmd]
Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.


ESP
 – Diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.



****   Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Jerawat!!!! Apa Yang Sesuai Dimakan??~~~


Umum mengetahui bahawa jerawat adalah masalah kulit yang amat berkait rapat dengan jenis atau pola pemakanna yang diambil. Contohnya sebagai wanita, pada waktu remaja kita sering dengar, makan kacang tanah boleh menyebabkan jerawat naik!!

Sebenarnya kulit saya agak berjerawat pada zaman sekolah menengah, pendek kata zaman remaja. Tetapi berkurangan bila saya melahirkan anak, mungkin juga disebabkan perubahan hormon. Dapat disimpulkan di sini, bahawa masalah jerawat memang berkait rapat dengan pemakanan dan hormon dalaman, jadi cara terbaik untuk merawat jerawat adalah dengan mengubah, memperbaiki dan memperbaharui tabiat pemakanan kita semua.



Sebenarnya kaedah merawat masalah jerawat dari dalam ini memang sudah diketahui oleh umum tetapi yang membezakan antara seorang penghidap penyakit jerawat dengan penghidap yang lain adalah dari segi amalan penjagaan masalah jerawat mereka.


Bagi mengatasi masalah jerawat dari dalam, penghidap penyakit jerawat harus mengamalkan beberapa garis panduan yang boleh membantu mengurangkan radang kulit, penghasilan sebum atau minyak berlebihan di kulit muka serta meningkatkan lagi kebolehan kulit muka memperbaiki sel-sel kulit muka dengan pantas. Cara terbaik untuk merawat masalah jerawat dari dalam adalah dengan:

1. Mengawal kandungan glukosa dalam badan

Tindakan mengawal kadar kemasukan glukosa dalam badan adalah satu langkah yang penting dalam merawat masalah jerawat dari dalam. Kandungan glukosa akan menyebabkan pengeluaran insulin yang boleh mengakibatkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit kita jika berlebihan. Contoh makanan tinggi glukosa adalah emping bijirin sarapan bergula dimakan dengan susu, air gas, jus buahan dengan gula tambahan, kek, roti dan banyak lagi.




Kek dan manisan mempunyai kadar kandungan glukosa yang berlebihan.


 Pengambilan Vitamin B-Complex sangat sesuai kerana anatara fungsi B-Complex adalah menukar makanan kepada tenaga, bantu pengahdaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan, akhirnya kulit muka tidak kusam lagi.


2. Mengurangkan pengambilan iodin

Iodin adalah satu suplimen penting dalam badan yang berfungsi untuk mengekalkan kecergasan serta mengimbangkan berat badan, tetapi jika terlebih pengambilannya, iodin boleh menyebabkan liang kulit muka yang tersumbat membengkak menjadi jerawat. Untuk mengurangkan iodin dalam badan, anda boleh ambil pil garam air laut asli dan elak dari memakan udang dan makanan laut. Ramai yang tak sedar bahawa iodin terkandung dalam garam yang digunakan untuk menambah perisa cip kentang (potato chips) yang kita makan.




Potato chips mengandungi bahan iodin yang banyak di dalam garam perisanya.


3. Mengambil suplimen seperti Multivitamin, Mineral dan minyak ikan yang mengandungi Omega 3

Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplimen-suplimen seperti Multivitamin A, D, E, C, B dan lain-lain vitamin, selain pengambilan mineral seperti magnesium, Zink, Selenium dan mineral-mineral yang lain. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit memperbaiki kerosakan yang terjadi.

Untuk pengetahuan anda, Multivitamin akan berkerjasama dengan mineral untuk memberi kesan pembaikpulihan yang optimum ke atas kulit anda. Anda juga perlu menambah pengambilan asid lemak Omega 3 kerana ia berkesan untuk mengurangkan dan mengawal radang pada kulit.



Pengambilan Omega 3 dapat membantu untuk merawat masalah jerawat.




Ikan Salmon merupakan sumber Omega 3.

Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari mengambil makanan dan minuman seperti ayam, daging, hasil tenusu, makanan ringan serta minuman berkarbonat kerana ianya akan menyebabkan jerawat anda lebih jelas dan mengalami inflamasi.

Sumber : Dr. Haseenah






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Wednesday 10 December 2014

Wordless Wednesday~~~


Set Asas Kecantikan Kulit.
set penjagaan kulit


Set Asas dan Tambahan Protein

ESP kulit cantik


Set Kulit Untuk Yang Masalah Jerawat.

ubat jerawat


Cadangan Tambahan Untuk Kulit Cantik

kulit tegang


Shaklee Collagen Powder



shaklee collagen powder

Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan 8 minggu berturut-turut akan menghasilkan wajah yang cantik, muda, anjal dan berseri.


Set D Shaklee adalah pilihan ramai yang ingin mendapatkan kulit yang cantik, berseri, anjal dan kelihatan muda. Mungkin disebabkan harga yang mampu milik dan terbukti berkesan menjadikan Set D Shaklee begitu laris dipasaran.


Pilihlah set kecantikan dengan bijak, bukan membuta tuli. Jangan ambil jalan singkat. Dr Masrsha Gordon, Timbalan Presiden di Jabatan Dermatology Mount Sinai School of Medicice berkata "Sekiranya ada krim yang dapat memberikan kesan yang sama seperti prosedur perubatan (cepat dan berkesan), kemungkinan ia adalah DADAH, dan bukan BAHAN KECANTIKAN"

Untuk mengetahui set mana yang bersesuaian dengan anda, sila hubungi saya untuk konsultasi percuma..




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Tuesday 9 December 2014

Si Jantung Hati~~~


Beberapa hari lagi si jantung hati bam bam akan genap umur 9 bulan, dan bermakna tidak lama lagi ummi dia akan masuk kerja balik...

uwwwaaaaa...sedihnyer nak tinggalkan si bam bam Faiz ni..tak boleh nak imagine hari pertama masuk kerja nanti.

Sepanjang Disember ni, bermula 1 Disember dah mula start balik minum EBM pakai botol, sebelum ni dah pernah ajar. Disebabkan ummi dia ade penyakit M yang besar, so direct feeding lagi senang.

Faiz mula diperkenalkan EBM menggunakan botol paha hari keempat belas (14) dia lahir, ini adalah sebab mengikut pengalaman anak-anak sebelum ini, anak no. 2 start ajar pada umur 30 hari, maka dia langsung tak nak minum EBM pakai botol..sehingga lah umur dia setahun! Pada masa tu nak tak nak terpaksa letak dia kat taska berhampiran dengan tempat kerja, memudahkan untuk menjenguk si pakwe ensem tu nak minum susu direct jer.

Anak no 3 start minum EBM pakai botol pada umur 14 hari dan berjaya minum EBM dengan jayanya. Di taska pakai botol, kat rumah direct feeding.

Maka, bermula Disember juga, rutin mengepam kembali seperti biasa. Setakat ni mampu mengepam 3x sehari, disebabkan stok EBM dalam deep freezer masih memenuhi ruang yang ada. Alhamdulillah.

Set penyususan Shaklee ternyata tidak menghampakan, selain bonus kulit cantik, susu pun mencukupi.







* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Monday 8 December 2014

Bengkak Susu~~~


Bengkak Susu atau Masititis

Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara. Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Kebanyakkan ibu-ibu yang pertama kali mempunyai bayi amat risau dan mengambil berat jika susu tidak keluar atau tidak mencukupi untuk bayi yang dilahirkan , sehinggakan kadang-kadang terlepas pandang jika terjadinya keadaan bengkak susu.

Keadaan bengkak susu ini boleh terjadi dikalangan ibu-ibu tidak kira anda melahirkan anak yang ke berapa. Hal ini terjadi kerana, salah satu faktor adalah pengeluaran susu itu melebihi permintaan bayi itu sendiri, atau pun keadaan bayi yang kurang minum susu.
Pada beberapa hari pertama mungkin bayi baru mula menyesuaikan diri sengan keadaan sekeliling, tetapi keadaan bengkak susu juga boleeh terjadi contohnya jika anda baru lepas pantang dan baru mula kembali bekerja.

Liang susu membengkak dan akibatnya seperti tersumbat. Kesakitannya hanya ibu-ibu yang lebih arif. Rasa sakit di setiap sendi dan juga boleh menyebabkan demam. Hati-hati kerana keadaan yang lebih teruk boleh membawa kepada pembedahan kecil di payudara bagi membuang ketulan susu yang membengkak.

Apakah petua atau kaedah rawatan yang boleh dilakukan jika keadaan ini terjadi?

1) Tuam dengan air panas. 
Tak kisah la ibu-ibu nak pakai tungku ke tuala ke, janji istilah dia tuam. Cara paling mudah, masuk air panas tu dalam botol dan tuam...lagi mudah!

2) Urut.
Ibu-ibu boleh mencuba kaedah mengurut. Biasanya bidan yang mahir tahu di mana letakknya urat yang berkai dengan susu. Atau pun, ibu boleh menggunakan jna jari ibu sendiri, ambik minyak panas, cari tempat yang terasa berketul-ketul tu dan letak jari ibu dan urut dengan buat teknik berpusar/membulat pada ketulan tu sampai ketulan tu hilang.

3) Mandi Air suam
Air yang suam boleh membantu melegakan bengkak dan memudahkan susu mengalir keluar.

4) Jika ibu sudah mula mengepam, pastikan ibu tidak 'skip' jadual mengepam.

5) Menggunakan sayur kobis.
Ada juga ibu-ibu yang menggunakan sayur kobis untuk mengatasi masalah ini. Caranya dengan meletakkan kelopak kobis di bahagian payudara yang membengkak

6) Minum Air Suam

7) Kerapkan susukan bayi di payudara yang bengkak.

8) Pam payudara jika bengkak sudah berkurangan

9) Ada juga yang mencadangkan menpal cool fever di tempat yang bengkak.

10) Bagi saya, ambil Lecithin Shaklee sebanyak 6 biji dan bagi saya terbukti dapat mengurangkan bengkak susu!!!




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Friday 5 December 2014

Rawatan Dalaman Untuk Jerawat~~~

Dalam entry sebelum ini saya ada menyatakan antara punca-punca yang menyebabkan masalah jerawat.

Oleh itu, jerawat bukan lah satu masalah yang boleh kita rawat pada luaran sahaja, malah rawatan dalaman sangat penting untuk mengurang dan mengatasi maslah jerawat.

Vitamin yang disyorkan untuk anda yang mempunyai masalah jerawat adalah seperti berikut.

1) B-Complex
 Anatara perkara yang boleh menambahkan jerawat di muka anda adalah disebabkan tekanan atau stress, tidak kira berkaitan kerja atau persekitaran. Vitamin B-Complex ini memang telah diketahui fungsinya yang mampu meredakan stress atau tekanan. Vitamin B3 pula boleh memperbaiki peredaran darah. peredaran darah yang tidak lancar boleh menyebabkan kulit muka kusam. Selain daripada itu, warna kulit juga akan lebih sekata kerana Vitamin B yang berperanan mengekalkan pigmentasi.



2) Sustain Release Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang diperlukan oleh lebih 300 fungsi metabolik tubuh. Ia penting untuk pemulihan sel (cellular repair), mencegah jangkitan dan meningkatkan sistem imunisasi. Kelemahan sistem imunisasi biasanya menjadi punca masalah jerawat.



3) Vitamin E Complex
Vitamin E merupakan vitamin yang paling penting dalam penjagaan kulit. Ia adalah sejenis antioksida yang dapat melawan radikal bebas dalam tubuh. Jika dibiarkan, radikal bebas boleh merosakkan sel, termasuklah sel kulit. Vitamin E meningkatkan proses pemulihan tisu dan penyembuhan. Vitamin E dengan 400iu sesuai untuk merawat masalah jerawat.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Thursday 4 December 2014

Promosi Dec 2014~~~




Bulan Disember 2014, Shaklee menawarkan Promosi Hebat berganda!!!

Kali ini promosi untuk belian Sustained Release Vitamin C dan Vita E Complex.

Wowwwww!!!!

Promosi kali ini sangat membantu anda di luar sana yang inginkan kulit cantik, gebus, cerah dan
 berseri.

Nampaknya promosi December 2014 sangat meriah.




Jangan lupa untuk rebut promosi hebat ini, hubungi saya untuk dapatkan harga promosi dan konsultasi percuma.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan :

 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]

 fb : Norhawati Hawa
 page : Vitaliciuos2u


Jerawat~~~


Bagaimana jerawat itu berlaku?

1/5 orang daripada golongan umur 12-15 akan mengalami masalah jerawat. Dan ia membuat kan satu-satu nya masalah kulit yang amat sukar untuk di rawati.

Jerawat terbentuk dalam liang kulit seseorang.

Liang adalah pembukaan di muka kulit, di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh. Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang untuk menghasilkan bahan yang dipanggil sebum. Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu.
Cuba tengok gambar bawah ni:
hilangkan jerawat


So kotoran degil anda ni sebenarnya berlaku dalam liang kulit tu. Kenapa ia berlaku?

Salah satu sebab yang amat ketara mungkin terlalu banyak kulit anda terlalu banyak minyak. Maklumlah, di usia yang muda, mesti la kita pun aktif dalam kehidupan seharian. Betul tak?



Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.



1.Perubahan hormone

Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.



2.Tekanan (Stress)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.



Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup

2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur

3. Jadual seharian yang sangat ketat

4. Merokok, pengambilan dadah



Tekanan emosi

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan

2.Buli

3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih

4.Kerja /study yang banyak



3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan, makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.



4.Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain



5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.



6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.



7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)



8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.



9.Jangkitan pada kulit & Resdung



Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.



10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Monday 1 December 2014

Hadiah Untuk Kulit Cantik~~~


Apa yang anda makan, itu lah dri anda. jika anda ingin cantik dan tampak lebih muda, ambillah Vitamin E setiap hari.

Kajian membuktikan vitamin ini mampu membantutkan penuaan sel akibat radikal bebas, melindungi paru-paru akibat pencemaran, lantaran menjadikan anda lebih muda, mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil, merendahkan kadar kolestrol, membantu mencegah kanser serta merendahkan risiko katarak.

Semua kebaiakan ini boleh diperoleh di dalam sebotol produk Vitamin E ini yang memiliki 120 biji kapsul.


Hubungi saya untuk harga kasih sayang sempena Promosi December ini.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Sunday 30 November 2014

Pra Diabetes~~~

Dianggarkan 20% daripada setiap 200 rakyat negara ini berada di tahap pra diabetes. Statistik yang diperoleh hasil daripada soal selidik oleh Nestle Nutrition dan Roche Diagnostics ini mendapati bagi 200 orang, 20% atau 40 orang daripadanya mempunyai tanda-tanda awal diabetes.

Oleh itu, kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pradibetes dan cara mencegahnya dengan memberi fokus untuk mengubah cara hidup sihat dan diet yang sihat sangat penting.

Selain itu, 5 simptom di bawah mampu memberi klu apakah anda salah seorang daripada golongan pra diabetes.

1) Anda tergolong dalam kumpulan risiko diabetes jenis 2
》》Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga uang menghidap diabetes atau merupakan bangsa kaum Orang Asli, Asia Selatan, Asia  Afrika atau Hispanic, anda berisiko dikategori sebagai pradiabetes. Faktor risiko termasuklah berusia lebih 45 tahun dan mengamalkan gaya hodup kuranh sihat.

2) Anda mempunyai masalah kesihatan berkaiatan diabetes
》》》 Keadaan dalam tubuh anda kadangkala boleh menyebabkan peningkatan gula darah. Sekiranya anda lebih berat badan atau obes (jisim berat badan melebihi 25) anda boleh mengalami pra diabetes. Begitu juga jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, penyakit jantung atau sindrom ovari polisistik ( PCOS). Jika anda menghidap lencing manis ketika hamil, anda juga boleh mengalami pra diabetes selepaa melahirkan.

3) Anda mempunyai simptom diabetes klasik
》》》 Kebanyakan individu pra diabetes tidak langsung menunjukkan simptom. Tetapi bagi sesetengah kes, peningkatan gula darah akan menimbulkan rasa dahaga, kerap membuang air kecil atau keletihan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya.

4) Tompok hitam baru muncul pada kulit
》》》 Individu de gan pradiabetes lazimnya mengalami masalah kulit yang dipanggil acanthosis dan nigricans. Ia berwarna gelap, tebal dan muncul di bahagian kulit yang berlipat atau berkedut. Biasanya di bawah leher, celah lengan, lipatan siku dan lutut serta buku lima.

5) Sentiasa tidak cukup tidur
》》》 Individu yang tidur kurang dari 6 jam setiap malam berisiko mengalami pra diabetes. Penyelidik percaya ia mungkin kesandaripada hubungan antara hormon, sistem saraf dan kurang tidur.

Biarpun begitu, anda perlu ingatpra diabetes boleh terjadi tanpa tanda-tanda di ataa, cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan melakukan ujian glukosa darah.



Saturday 29 November 2014

Khasiat Telur~~~

Telur Lindungi Kulit Dari Ultraviolet

Dua zat antioksidan yang terdapat pada telur iaitu lutein dan zeaxanthin, dikatakan boleh memberikan perlindungan berlipat ganda melawan sinar ungu atau ultraviolet yang boleh menyebabkan garis halus, bintik hitam dan kanser kulit.

Khasiat dari zat-zat ini boleh membuatkan kulit semakin lembut, kenyal dan mengelakkan kulit terhidrasi.

Amalan menggunakan satu biji telur swyiap hari secara signifikan meningkatkan kadar lutein dan zeaxanthin dalam darah dan bukan kolestrol.

Ini bermakna telur boleh mencegah kerosakan kulit dan melindungi retina dari kerosakan akibat bahaya cahaya, seperti dipaparkan dalam Journal of Nutrition.



Susu Merundum???


Masalah susu sedikit, susu merundum disebabkan oleh letih, jadual pam yang tidak menentu, period, pengambilan antibiotik, diet seharian yang tidak seimbanh dan lain-lain faktor adalah sesuatu yang normal di kalangan ibu mengandung.

Penyusuan susu ibu adalah satu tanggungjawab berat, nampak mudah tetapi tidak semudah yang disangka. Ujiannya besar kerana ganjaran yang Allah janjikan untuk.ibu-ibu menyusu juga besar.
Makanan tambahan Shaklee bukan sekadar penggalak susu @ milk booster.

 Manfaat yang diperolehi terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan ( sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dan lain-lain. Bukan sekadar untuk menambah kuantiti susi itu sendiri, tetapi menaik tambah nilai kesihatan badan dan susu yang dihasilkan.
Kebaikan yang dirasai dari dalam sehingga luar kesan pengambilan makanan tambahan Shaklee.


Set Penyusuan pilihan saya, berbaloi untuk kesihatan badan dan anak.
• Vita Lea @ multivitamin
• B-Complex
• Vitamin C
• Alfafa  Complex
• Ostemetrix
• ESP


Friday 28 November 2014

Omega Guard dan Insulin~~~

     
Omega 3 berfungsi mengurangkan paras insulin anda sepanjang hari.

Apabila paras insulin yang tinggi, anda tidak boleh menggunakan lemak untuk pembakaran tenaga. 

Apabila paras insulin yang tinggi, tahap HGH anda adalah rendah.

Omega 3 membantu memastikan paras HGH tinggi dan insulin pula rendah. Memastikan tahap 

insulin yang stabil adalah kunci utama dalam mengelakkan dewasa kencing manis.

Minyak ikan juga secara langsung meningkatkan pengoksidaan lemak.




Wednesday 26 November 2014

B-Complex

Vitamin B-Complex adalah keluarga vitamin larut air.


Manfaat utama pada kesihatan
★ Menggalakkan penghasilan tenaga, mebgekalkan kesihatan kulit, otot, sistem pertahanan dan saraf.
★ Vitamin B menggalakkan pembakaran karbohidrat, lemak dan protein menyebabkan ia digunakan dalam pengurusan berat badan.
★ Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa Vitamin B ini mwmbantu dalam memperbaiki simptom- simptom dan tanda-tanda masalah saraf berkaitan diabetea atau pengambilan alkohol.
★ Penting juga untuk penghaailan tenaga dan mengekalkan kesihatan kulit sistem saraf dan pemakanan.
★ Vitamin B juga merangsang penggunaan protein dan karbohidrat dan juga penghaailan hormon.
★ Memainkan peranan dalam penghasilan sel darah merah dan pengekalan fungsi sistem saraf.


Pilihan saya, semeatinya B-Complex Shaklee, kerana ianya mengandungi semua kandungan Vitamin B yang diperlukan oleh badan.


Ingin mendapatkan vitamin pilihan saya? Jom hubungi saya.



Tuesday 25 November 2014

Alfafa Yang Hebat!!






Alfafa Complex sangat baik diamalkan oleh wanita, ianya sangat membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut @ sakit pinggang melampau tatkala didatangi haid.


Pengambilan Alfafa Complex bersama kalsium turut membantu dalam hubungan suami isteri ( Alfafa bertindak seperti kacip fatimah).





Monday 24 November 2014

Kurus dan Omega Guard~~~




Cara makan Omega Guard untuk ibu ibu yang nak kurus.
♥ Omega TIDAK BOLEH diambil lebih dari 3 biji sehari. Ibu ibu boleh ambil maximum 3 biji sahaja sehari.
♥ Untuk mengurangkan nafsu makan yang membuak buak (terutamanya selepas menyusu @ mengepam , ambil Omega selepas makan. Jangan sesekali ambil ketika PERUT KOSONG.
♥ Boleh diambil sama ada 1 biji selepas sarapan dan 2 biji selepas makan tengah hari atau malam sebelum tidur.
★★Saintis Jepun telah membuat kajian dan hasilnya Omega 3 menghalang pembentukan lemak tidak sihat dan membantu pembakatan lemak.



》 BONUS!!!


★★  Omega juga bagus untuk kulit, mrmbantu menstabilkan hormon wanita, malah sangat baik untuk radang kulit seperti ekzema dan jerawat. ★★★
Untuk ibu yang menyusu tapi inginkan bentuk badan langsing, cuba lah Omega Guard.




Sunday 23 November 2014

Setelah Lima Tahun~~~







Semalam kami berempat bergambar untuk kenang kenangan di hari kemudian, Setelah berpenat lelah selama lima tahun...yer LIMA tahun untuk mendapatkan gbar sebegini.


Yer, bukan senang nak senang, memang senang nak susah.

Segala perit jerih dan keringat air mata terbayar, sebenarnya rasa sedih dan sayu pulak bila dah abis. Maklum lah, ini dunia kehidupan saya selain pegi keje balik

Mengenali mereka yang kerja di tempat yang berbeza memang membuka minda dan kotak fikiran kita, rasa tak lah duduk dalam bulatan fikiran yang sama.

Dan atas dasar itu juga membuatkan saya berminat untuk join grup Jutawan Shaklee.

Semoga hari mendatang akan membawa perubahan kepada diri ini.





am* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Friday 21 November 2014

KIsah Omega Dan Mealshake~~~



Ini Muhammad Yusuf Zaqwan. Anak saya yang ketiga,Mula mengamalkan Mealshake sejak berumur 1 tahun ++ dan mula mengamalkan Omega Guard sejak umur 9 bulan ++. Pada mulanya Omega Guard bertujuan untuk mengurangkan selsema dan lelah yang disebabkan selsema yang panjang, lama-lama dah amal nampak pulak side effect dia.





Side effect sejak amalkan dua produk ni, Alhamdulillah sekarang dah petah bercakap, walaupun pelat. pada umur 2 tahun 6 bulan dah mula bertanya macam-macam. Yang bestnya, kalau kita cakap apa-apa kat abang-abang dia, lain kali dia akan cakap benda yang sama.

Mudah ngikut bab solat, sejak umur 2 tahun ayahnya mula bawak ke masjid, dan alhamdulillah, dia boleh ikut peraturan kat masjid dan ikut sekali pergerakan solat.

Syukur sangat-sangat!!!




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
||  012 - 637 1558 || [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Thursday 20 November 2014

Ibu Menyusu Dan Haid~~~








Kenapa Kebanyakan Ibu Menyusu Tak Datang Haid?


Saya kongsikan dari blog Kasih Sayang

KAITAN PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN MENSTURASI:

Kenapakah kebanyakan ibu menyusu tidak mengalami kedatangan haid?

Ini dapat dijelaskan dalam rajah ni..











Dalam keadaan biasa, Hypotalamus menghantar gonadotropin releasing hormone (GnRH) ke kelenjar pituitari. Akibatnya kelenjar pituitari mengeluarkan follicle stimulating hormones (FSH) yang menjadikan ovari menghasilkan telur.

Ovari lantas mengaktifkan estrogen bagi membentuk lapisan dalam rahim untuk persediaan sekiranya berlaku persenyawaan. Sekiranya tiada persenyawaan, lapisan ini akan gugur sebagai darah haid.

Lalu, apa kaitan dgn penyusuan?

Hormon prolaktin yakni hormon penyusuan menyebabkan kelenjar pituitari menghantar arahan kepada hipotalamus agar tidak menghantar GnRH ke ovari. Jadi ovari tidak menghasilkan telur dan tidak merangsang estrogen. Oleh itu tiada telur yg keluar, tiada lapisan rahim terbentuk. Maka sebab itu kebanyakan ibu menyusu tidak mengalami kedatangan haid, terutama yang direct feeding & exclusive breastfeeding.

Namun, tak semua ibu menyusu tidak didatangi haid ya. Macam saya sekarang, baby dah masuk 8 bulan tapi masih belum didatangi period lagi. Mula-mula was-was jugak, siap beli pregnant test lagi, bukan ape, sebab tak pernah jadi macam ni.

Biasanya kalau dah tak 100% DF (dah kerja & pam) hormon prolaktin tak 'sekuat' biasa sbb dah kurang stimulasi (masa siang tak pam tiap jam)

Setiap ibu act differently sebenarnya terhadap perubahan hormon. Cuma secara teori amnya ibu yg menyusu tidak mengalami kedatangan haid atas sebab2 di atas :)

Ibu-ibu boleh cuba GLA Complex untuk mengatasi masalah ini. Setakat ini saya pun masih mencuba GLA Complex untuk menstabilkan haid.































* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


Wednesday 19 November 2014

Wordless Wednesday~~~


Sebagai panduan untuk ibu-ibu yang menyusu













* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati]
 Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u