I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Thursday 4 December 2014

Jerawat~~~


Bagaimana jerawat itu berlaku?

1/5 orang daripada golongan umur 12-15 akan mengalami masalah jerawat. Dan ia membuat kan satu-satu nya masalah kulit yang amat sukar untuk di rawati.

Jerawat terbentuk dalam liang kulit seseorang.

Liang adalah pembukaan di muka kulit, di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh. Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang untuk menghasilkan bahan yang dipanggil sebum. Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu.
Cuba tengok gambar bawah ni:
hilangkan jerawat


So kotoran degil anda ni sebenarnya berlaku dalam liang kulit tu. Kenapa ia berlaku?

Salah satu sebab yang amat ketara mungkin terlalu banyak kulit anda terlalu banyak minyak. Maklumlah, di usia yang muda, mesti la kita pun aktif dalam kehidupan seharian. Betul tak?



Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.



1.Perubahan hormone

Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.



2.Tekanan (Stress)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.



Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup

2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur

3. Jadual seharian yang sangat ketat

4. Merokok, pengambilan dadah



Tekanan emosi

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan

2.Buli

3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih

4.Kerja /study yang banyak



3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan, makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.



4.Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain



5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.



6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.



7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)



8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.



9.Jangkitan pada kulit & Resdung



Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.



10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


No comments:

Post a Comment