Sudah dua hari my bam bam Faiz batuk dan selsema...berjangkit dengan abang-abang dia...walau pun tak de kuar pegi mana-mana...tapi masih juga kena jangkita...Ujian Allah nak bagi pahala.
So, saya blog-walking mencari petua dan tips macam mana nak kurangkan batuk dan selsema buat si Faiz ni. Sudah dibawa ke klinik...tapi baby bawah 2 tahun ni ubat tak banyak yang sesuai...doktor bagi sedikit dos untuk ubat cair kahak...tu pun sebab si Faiz dah 7 bulan ++.
So disini saya kongsikan sedikit sebanyak hasil blog walking yang saya dapat berkaitan masalah anak selsema dan batuk.
Pemakanan.

Jika bayi anda sudah mula makanan pejal...bolehlah elakkan makanan yang boleh menyebabkan mukus atau berkahak...tapi cubalah campurkan makanan anak anda dengan makanan yang sebelah kanan, di mana makanan tersebut dapat membantu mengurangkan mukus.
2. Berikan anak makan banyak protein terutamanya bahagian tengah ayam.
3. Berikan anak anda makan sup kaki ayam dan sup tulang ayam/ayam yang telah direneh selama lebih 18 jam.
***Nota***
***Kumpulan pemakanan adalah berdasarkan umur anak.
Tips lain:
1. Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!
2. Kunyit hidup atau bawang putih.
Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
3. Daun kaduk.
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
4. Kismis
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
5. Daun Bunga Tahi Ayam.
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
6. Gula Melaka
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
7. Pucuk Ubi
Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
SEGI PETUA
1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..
-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..info khasiat bawnag putih selebihnya boleh rujuk http://allmedmedia.com/garlic-health-benefits/
![]() |
Sumber : Google |
2. Petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .
Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!
3. Petua bawang merah
Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan.

Nota : Jangan sekali2 menggunakan bawang yang telah terdedah.
4. Steaming and cupping
![]() |
Ihsan : Google. Terima kasih kpd empunya gambar ni.![]() |
5. Sedut kahak dan nebulizer
Sila berjumpa dengan doktor Nadir Khan di alamat di bawah
Doktor ini akan menerangkan seterang2nya masalah mukus ini. Sangat baik dan efisen. Caj dalam RM70 - RM100 setiap kali lawatan.
Kebersihan :
1. Pastikan ibu-ibu mop lantai rumah dengan Dettol. Lap dan bersihkan habuk2 di almari, kerusi dan bahagian lain dengan dettol. Pastikan juga ada ada penyegar Febreeze di udara. (serius ni tak tipu). InsyaAllah membantu mengurangkan kuman dan virus di rumah.
Kerohanian :
1. Jangan lupa dan terus berdoa dan bersedekah. InsyaAllah. Keyakinan kepada Allah perlu diletakkan di tempat yang tertinggi.
http://www.syazni.com/2013/08/petua-rawat-bayi-batuk.html
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u
No comments:
Post a Comment