AA, DHA, EPA adalah lemak rantai panjang dari 2 jenis asid lemak, iaitu Asid lemak Omega 3 dan 6, yang semuanya disebut sebagai Asid lemak Perlu (Essential Fatty Acid = EFA), yang sangat penting untuk kesihatan dan perkembangan tubuh yang baik.
Essential Fatty Acid atau EFA, adalah jenis lemak yang penting yang harus diperolehi dari makanan, kerana tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Lemak perlu ini penting untuk membantu pembentukan sel, mengatur sistem saraf, menguatkan sistem kardiovaskular, membina kekebalan tubuh, dan membantu tubuh untuk menyerap nutrisi. EFA sangat penting untuk fungsi otak dan penglihatan.
Ada dua anggota keluarga EFA, iaitu Omega - 6 (asid linoleat) dan omega - 3 (asid alfa -linolenat) . Tubuh menggunakan lemak rantai pendek untuk membuat asid lemak rantai panjang, yang menyumbang terhadap kesihatan dengan cara yang berbeza, bergantung pada bahagian masing-masing.
Salah satu asid lemak rantai panjang boleh dihasilkan tubuh dari asid alfa-linolenik adalah DHA (docosahexaenoic acid) , yang sangat penting untuk perkembangan otak dan mata. Inilah sebabnya mengapa susu formula selalu diperkayakan dengan DHA, dan mengapa wanita hamil dan menyusui selalu dianjurkan untuk mendaparkan DHA dari diet, baik dari sumber makanan dan makanan tambahan.
EPA (eicosapentaenoic acid) adalah asid lemak rantai panjang lain dari omega-3 yang dibuat oleh badan yang terdapat dalam Air Susu Ibu. Seperti halnya DHA, EPA juga ditemui dalam lemak ikan.
Beberapa faktor boleh mempengaruhi pengeluaran DHA oleh tubuh, termasuk jumlah asid omega - 6, lemak tepu, dan lemak trans dari makanan. Ketidakseimbangan lemak omega-6 dan omega - 3 juga boleh ber-kesan negatif pada respon imun dan keradangan dalam tubuh. Hal ini diduga juga menyumbang terhadap penyakit lain, seperti penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
Berapa banyak asam lemak yang diperlukan anak?
Usia 1 hingga 3 tahun:
Usia 4 hingga 8 tahun:
Lemak omega-6 banyak terdapat dalam makanan, dan kemungkinan anda hanya perlu fokus untuk memastikan bahawa anak anda telah cukup mendapatkan omega-3. Asid Lemak Omega-6 banyak boleh didapati dari makanan olahan yang mengandungi minyak, seperti minyak kacang soya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat @ sebarang pertanyaan :
[wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558|| [wati.hawa@gmail.com]
fb : Norhawati Hawa
page : Vitaliciuos2u
No comments:
Post a Comment