Banyak produk-produk di pasaran yang menambah tuntutan bahawa produk mereka mengandungi Omega 3. Biasanya banyak dijumpai pada produk yang digunakan anak-anak dan juga pesakit kolesterol tinggi. Apa sebenarnya Omega 3 itu?
Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak tidak tepu yang sangat diperlukan tubuh. Malangnya, tubuh tidak boleh menghasilkan sendiri jenis lemak ini sehingga keperluan akan lemak jenis ini perlu didapatkan melalui pengambilan makanan.
Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:
1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)
Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.
Para ahli pemakanan menyatakan bahawa tubuh memerlukan sekitar 300 mg Omega 3 per harinya.
Telur ayam adalah bahan makanan yang boleh anda temui di mana saja.Penggunaan telur dapat memenuhi pengambilan nutrisi lemak omega-3 anda.Kuning telur mempunyai lemak sihat. Dari sebutir telur, anda boleh memperoleh sekira 40-250 miligram asid lemak DHA dan EPA.
2. Kacang Kenari / walnut
Kacang walnut adalah salah satu bahan makanan nabati dengan kandungan 2,600 miligram lemak sihat yang cukup untuk menutrisi tubuh anda.
3. Ikan Salmon
Ikan salmon yang terkenal tinggi kandungan EPA dan DHA-nya, boleh memberikan sekira 1.600 miligram asid lemak omega-3 yang baik bagi pertumbuhan otak anak anda.
Ikan tuna memang saat ini diperbincangkan akibat munculnya merkuri di dalamnya. Namun, jika kita boleh memilih yang masih segar dan tidak mengambil secara berlebihan, ada sekira 1.100 miligram asam lemak yang dapat diserap tubuh anda.

5. Biji rami (flax seed)
Biji rami adalah makanan pertama yang kaya akan asid lemak omega-3.Khasiatnya adalah untuk melawan kolesterol dan penyakit jantung. Untuk menjaga pemakanan omega-3 dalam biji rami, simpan makanan tersebut dalam bekas kedap udara.Sekurang-kurangnya anda perlu makan dua sudu makan biji rami untuk memenuhi keperluan omega-3 setiap hari.
6. Biji chia (Chia Seed)
Selain biji rami, chia juga merupakan keluarga bijirin seterusnya yang mengandungi asid lemak omega-3. Biji chia boleh dikunyah sebagai makanan ringan atau menaburkannya pada salad. Biji chia bagus untuk pencernaan, sebab di dalamnya kaya akan serat yang membantu pergerakan makanan dalam proses pencernaan. Nilai tambahan lain dari biji chia adalah kemampuannya dalam memberikan daya tahan bagi tubuh.
7. Minyak ikan
Bentuknya tersedia dalam tablet tambahan mau pun bentuk cecair. Pengambilan pil minyak ikan dalam sehari cukup memenuhi keperluan omega-3 bagi anda.
8. Kacang soya
Tidak suka kacang kenari? Cuba beralih ke kacang soya .Keluarga kacang yang satu ini boleh didapati dalam bentuk susu dan produk lain. Rasanya nikmat dan kaya akan asid lemak omega-3. Kacang soya juga penuh akan nutrisi seperti serat, zat besi , protein , kalsium , vitamin K , dan asid folat . Nikmati susu soya terutamanya jika anda mempunyai alergi tertentu terhadap susu lembu.
9. Bunga Kobis
Sayuran yang kaya akan asid lemak omega-3 adalah bunga kobbis. Nutrisi penting dalam bunga kobis di antaranya adalah kalium, magnesium, dan niasin yang menyokong kesihatan jantung. Bunga kobis biasanya dimasak dengan cara ditumis atau diolah menjadi sup. Cari resipi masakan yang lazat untuk menikmati bunga kobis dan mendapatkan nutrisi sihat di dalamnya.
10. Minyak canola
Minyak canola mampu menjaga kesihatan jantung kerana ada asid lemak omega-3 di dalamnya. Menukar minyak goreng biasa dengan minyak canola adalah salah satu cara mendapatkan nutrisi di dalamnya. Selain itu, minyak canola juga boleh dititiskan ke atas salad sayur sebagai pengganti mayonnaise yang biasanya sangat berlemak.
11. Bayam
Bayam merupakan sumber makanan kaya akan asid lemak omega-3 adalah bayam. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap ini boleh dinikmati setiap hari untuk mendapatkan pengambilan omega-3 bagi tubuh. Bayam juga rendah kalori dan tinggi zat besi.Jadi jangan ragu memasak bayam menjadi makanan lazat dan mendapatkan nutrisi maksimum di dalamnya.
Jika anda tidak mendapat cukup bekalan makanan yang menjadi sumber omega-3 di atas, mungkin anda perlu mengambil makanan tambahan, khususnya jika anda mengalami penyakit jantung, atau jika level trigliserida anda tinggi.
Untuk saya, saya percayakan Omega Guard Shaklee, 3 biji sehari untuk keperluan badan saya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat @ sebarang pertanyaan :
[wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558 || [wati.hawa@gmail.com]
fb : Norhawati Hawa
page : Vitaliciuos2u
No comments:
Post a Comment