I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Tuesday 11 November 2014

Anak-anak Autisme~~~


Apa itu autisme?

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala “hidup dalam dunianya sendiri”.

Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.

Autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

Autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang mereka lihat.

Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang berikut:

  • Kurang atau tiada kontak mata
  • Kurang ekspresi muka
  • Tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
  • Lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
  • Mengulang kata-katanya secara berulang kali
  • Kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
  • Mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
  • Tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin 
  • Melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
  • Mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu

Bagaimana ianya berlaku?


Penulis buku Brighton Baby, Dr Roy Dittmann berkata, kebanyakan individu menderita akibat kekurangan mineral yang kronik dan tidak seimbang disebabkan tanah yang digunakan untuk pertanian telah kekurangan mineral. “Keadaan ini mengakibatkan makanan kita kekurangan nutrisi. Kemurungan selepas bersalin dan penyakit kanak-kanak adalah tanda kekurangan mineral. Begitu juga keadaannya seperti petani pintar akan menyiram tanaman mereka menggunakan air laut bagi mengembalikan mineral ke tanah mereka. Tetapi ini agak mustahil untuk dilaksanakan oleh petani yang berada jauh dari lautan.


“Setiap kanak-kanak dilahirkan berbeza. Kekurangan mineral boleh menjejaskan kesihatan. Mineral adalah perlu bagi pengangkutan oksigen, metabolisme tenaga, pertumbuhan dan perlindungan sel dan saraf,” kata Dr Roy Dittmann.


Oleh yang demkian adalah satu perkara yang penting bagi ibu bapa untuk bersedia dan merancang di dalam hal-hal pemakanan untuk memastikan dirinya menerima nutrisi yang lengkap untuk memastikan bayi yang dilahirkan mendapat sumber mineral yang mencukupi. Ibu adalah orang yang perlu memastikan dia mendapatkan sumber bekalan nutrisi yang diperlukan ketika mengandung supaya bayi yang dikandung akan mendapat sumber tersebut dengan lengkap.

Rujukan: http://www.hmetro.com.my/articles/Hidupdalamduniasendiri/MA/Article



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


No comments:

Post a Comment