I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Wednesday 3 September 2014

Tua Sebelum Usia~~~




Apa sebenarnya COLLAGEN?

Collagen merupakan struktur protein yang banyak terdapat di "cartilage", "muscle", "tendon", ligamen dan tulang.

Collagen merupakan pengikat yang memegang tubuh kita. la merupakan struktur komponen di dalam badan yang amat penting untuk kesemua tisu- tisu penghubung.

Setiap manusia menghasilkan collagen secara berterusan. Bagaimanapun, apabila meningkat usia, kehilangan collagen adalah lebih besar dari jumlah yang dihasilkan oleh badan. Akibatnya proses pembaikian dan pembuatan semula sel menjadi perlahan.


Apakah kepentingan collagen kepada badan anda?

Tiada sesiapa yang mahukan muka yang berkedut atau kulit yang suram. Kita tidak dapat mengelaknya kerana ianya merupakan sebahagian daripada proses penuaan. Bagaimanapun, kita boleh memperlahankan proses penuaan ini. Bagaimana? Dengan bantuan collagen kerana kekurangannya menjadi penyebab kepada kemerosotan keadaan kulit dan wajah anda.

Badan kita memerlukan collagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa collagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen. Kehilangan collagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Collagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Collagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.


Mengapa anda perlu menggantikan collagen? 

Sekiranya pengeluaran collagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenamya berpunca dilapisan kedua kulit (dermis) dimana terdapatnya collagen, “elastin” dan kelembapan. Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya collagen. Apabila collagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan collagen seperti dalam bentuk minuman membantu badan untuk menambah dan memperbaiki collagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.


Pengambilan collagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Collagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan collagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda. Siapa yang ingin muka yaug berkedut sekiranya boleh dielakkan dengan pengambilan tambahan collagen?

Bilakah masa yang sesuai menggunakan collagen? 

Untuk mencapai keberkesanan terbaik, collagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kenana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". Collagen jaga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun collagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein. 








* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]  | 012 - 637 1558 |        [wati.hawa@gmail.com] 

fb : Norhawati Hawa
 page : Vitaliciuos2u


No comments:

Post a Comment