Kali ni entry tak de kaitan dengan poduk Shaklee, tapi sebagai ibu bekerja yang menggunakan pam Medela Freestyle atau nama glemer dia medela fs, saya nak kongsikan serba sedikit mengenai pam ni.
Pam ni saya beli pada tahun 2014.
Ini adalah antara tips dan tatacara penjagaan pam medela fs yang saya dapat dari staff Medela Lactequip Ampang, Selangor.
1.
JANGAN sesekali
STERILE sebarang part medela fs terutamanya yang valve kuning tu menggunakan air panas. Kerana plastik tu akan mengembang dan akan menyebabkan kadar pengepaman kita akan berkurang atau pun prestasi pam akan berubah.
 |
ihsan google |
2.
JANGAN sesekali buka @ cabut bateri dari badan pam. Kerana, jika anda perhatikan bateri medela fs mempunyai logam yang lebih kurang macam logam pada simkad, jika logam itu tercalar atau pun terusik, akan menyebabkan motor tidak berfungsi atau pun tidak motor tidak boleh mengesan brape banyak bateri yang tersimpan.
 |
Gambar ihsan google |
3.
JANGAN JATUHKAN MOTOR PAM. Jangan sesekali biarkan motor pam medela fs anda terjatuh. Ini kerana motor pam medela ni sepenuhnya digital, so kalau rosak nak repair harganya humakkkaiii.
 |
Gambar ihsan google |
4.
JANGAN PAM DAN CAS. Ini adalah peraturan penggunaan pam medela fs. Mengikut kata staff yang saya jumpa tu, motor Medela fs ni, tak kira klon ke AP ke original, memang dicipta untuk keselamatan. Jika and sedang mengecas bateri, jangan mengepam, ini adalah kerana, motor akan automatik berhentikan aliran masuk elektrik, dan akan bersambung bila kita selesai mengepam.
PASTIKAN BATERI DICAS BILA BATERI TINGGAL 2 BAR. JANGAN BIARKAN BATERI HABIS SEWAKTU PAM SEDANG DIGUNAKAN.
5. Medela FS yang dijual di pasaran online tidak semuanya original, ada yang dari United Kingdom (UK) ada yang dari United States (US) ada yang dari Switzerland. Mengikut kata staff Medela Lactequip, ada yang klon dan AP, macam handphone jugak. Dia hanya boleh sahkan original ke tak bila dia cek bateri motor. Saya punya pun AP UK. So, kalau dah tau tak original tu, lagi lah kita kene hati-hati dan tatang bagai minyak yang penuh ok.
Nanti jika ada tips dan petua tentang pam saya akan kongsikan lagi.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan
atau mencegah sebarang
penyakit.
Berminat @ sebarang pertanyaan :
[wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com]