I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Wednesday 25 May 2016

Tips Pam Medela Free Style

Kali ni entry tak de kaitan dengan poduk Shaklee, tapi sebagai ibu bekerja yang menggunakan pam Medela Freestyle atau nama glemer dia medela fs, saya nak kongsikan serba sedikit mengenai pam ni.

Pam ni saya beli pada tahun 2014.

Ini adalah antara tips dan tatacara penjagaan pam medela fs yang saya dapat dari staff Medela Lactequip Ampang, Selangor.

1. JANGAN sesekali STERILE sebarang part medela fs terutamanya yang valve kuning tu menggunakan air panas. Kerana plastik tu akan mengembang dan akan menyebabkan kadar pengepaman kita akan berkurang atau pun prestasi pam akan berubah.


Image result for medela parts freestyle
ihsan google


2. JANGAN sesekali buka @ cabut bateri dari badan pam. Kerana, jika anda perhatikan bateri medela fs mempunyai logam yang lebih kurang macam logam pada simkad, jika logam itu tercalar atau pun terusik, akan menyebabkan motor tidak berfungsi atau pun tidak motor tidak boleh mengesan brape banyak bateri yang tersimpan.

Image result for motor pam medela freestyle
Gambar ihsan google
                                   


3. JANGAN JATUHKAN MOTOR PAM. Jangan sesekali biarkan motor pam medela fs anda terjatuh. Ini kerana motor pam medela ni sepenuhnya digital, so kalau rosak nak repair harganya humakkkaiii.

Gambar ihsan google
                               
4. JANGAN PAM DAN CAS. Ini adalah peraturan penggunaan pam medela fs. Mengikut kata staff yang saya jumpa tu, motor Medela fs ni, tak kira klon ke AP ke original, memang dicipta untuk keselamatan. Jika and sedang mengecas bateri, jangan mengepam, ini adalah kerana, motor akan automatik berhentikan aliran masuk elektrik, dan akan bersambung bila kita selesai mengepam. PASTIKAN BATERI DICAS BILA BATERI TINGGAL 2 BAR. JANGAN BIARKAN BATERI  HABIS SEWAKTU PAM SEDANG DIGUNAKAN.

5. Medela FS yang dijual di pasaran online tidak semuanya original, ada yang dari United Kingdom (UK) ada yang dari United States (US) ada yang dari Switzerland. Mengikut kata staff Medela Lactequip, ada yang klon dan AP, macam handphone jugak. Dia hanya boleh sahkan original ke tak bila dia cek bateri motor. Saya punya pun AP UK. So, kalau dah tau tak original tu, lagi lah kita kene hati-hati dan tatang bagai minyak yang penuh ok.

Nanti jika ada tips dan petua tentang pam saya akan kongsikan lagi.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Berminat @ sebarang pertanyaan :

 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]

 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com]


No comments:

Post a Comment