Monday, 8 December 2014

Bengkak Susu~~~


Bengkak Susu atau Masititis

Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara. Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Kebanyakkan ibu-ibu yang pertama kali mempunyai bayi amat risau dan mengambil berat jika susu tidak keluar atau tidak mencukupi untuk bayi yang dilahirkan , sehinggakan kadang-kadang terlepas pandang jika terjadinya keadaan bengkak susu.

Keadaan bengkak susu ini boleh terjadi dikalangan ibu-ibu tidak kira anda melahirkan anak yang ke berapa. Hal ini terjadi kerana, salah satu faktor adalah pengeluaran susu itu melebihi permintaan bayi itu sendiri, atau pun keadaan bayi yang kurang minum susu.
Pada beberapa hari pertama mungkin bayi baru mula menyesuaikan diri sengan keadaan sekeliling, tetapi keadaan bengkak susu juga boleeh terjadi contohnya jika anda baru lepas pantang dan baru mula kembali bekerja.

Liang susu membengkak dan akibatnya seperti tersumbat. Kesakitannya hanya ibu-ibu yang lebih arif. Rasa sakit di setiap sendi dan juga boleh menyebabkan demam. Hati-hati kerana keadaan yang lebih teruk boleh membawa kepada pembedahan kecil di payudara bagi membuang ketulan susu yang membengkak.

Apakah petua atau kaedah rawatan yang boleh dilakukan jika keadaan ini terjadi?

1) Tuam dengan air panas. 
Tak kisah la ibu-ibu nak pakai tungku ke tuala ke, janji istilah dia tuam. Cara paling mudah, masuk air panas tu dalam botol dan tuam...lagi mudah!

2) Urut.
Ibu-ibu boleh mencuba kaedah mengurut. Biasanya bidan yang mahir tahu di mana letakknya urat yang berkai dengan susu. Atau pun, ibu boleh menggunakan jna jari ibu sendiri, ambik minyak panas, cari tempat yang terasa berketul-ketul tu dan letak jari ibu dan urut dengan buat teknik berpusar/membulat pada ketulan tu sampai ketulan tu hilang.

3) Mandi Air suam
Air yang suam boleh membantu melegakan bengkak dan memudahkan susu mengalir keluar.

4) Jika ibu sudah mula mengepam, pastikan ibu tidak 'skip' jadual mengepam.

5) Menggunakan sayur kobis.
Ada juga ibu-ibu yang menggunakan sayur kobis untuk mengatasi masalah ini. Caranya dengan meletakkan kelopak kobis di bahagian payudara yang membengkak

6) Minum Air Suam

7) Kerapkan susukan bayi di payudara yang bengkak.

8) Pam payudara jika bengkak sudah berkurangan

9) Ada juga yang mencadangkan menpal cool fever di tempat yang bengkak.

10) Bagi saya, ambil Lecithin Shaklee sebanyak 6 biji dan bagi saya terbukti dapat mengurangkan bengkak susu!!!




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u

No comments:

Post a Comment