
Ramai ibu-ibu mengeluh bila pada hari pertama kelahiran dan minggu pertama kelahiran, Jumlah susu yang keluar didapati sedikit dan tidak mengalami bengkak payudara.
Sebenarnya, pada awal 2 minggu pertama kandungan susu badan adalah kolustrum yang merupakan kandungan yang kaya dengan antibodi untuk daya tahan dan imunisasi bayi. Kandungan kolustrum ini sangat bernilai dan berwarna kuning cair.
Gambar di atas menunjuk saiz perut bayi bermula pada hari pertama kelahiran. sebagai panduan untuk ibu-ibu yang merasakan bayi tidak cukup susu. Sebenarnya badan kita akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi kita, oleh sebab itu, masalah bayi tidak cukup susu sepatutnya kita buang jauh-jauh dari fikiran dan minda kita.
Bayi tidak memerlukan makanan pejal pada 6 bulan pertama kelahiran, oleh itu kita hendaklah mengelakkan sebarang bentuk makanan pejal kepada bayi, terutamanya nestum.
Seharunya, bayi diberikan hanya susu badan sahaja, ini kerana usus dan organ bayi masih belum matang untuk memproses bahan makanan pepejal.
Sebagai ibu, sentiasa setkan minda kita untuk menyusukan bayi anda dengan HANYA susu ibu, dan berusaha untuk menyusukan bayi sejak hari pertama kelahiran.
No comments:
Post a Comment