Kencing manis ketika hamil. Semasa hamil, tubuh sepatutnya akan menghasilkan insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga ke akhir kehamilan.
Jika gagal menghasilkan insulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Itu lah yang menyebabkan kencing manis.
Insulin.
Sejenis hormon yang mengawal dan memetabolismekan gula dalam darah (blood glucose)
Cara untuk mengawalnya ialah dengan mengawal diet dan lakukan senaman. Diet yang disarankan ialah kurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan berserat, protein tanpa lemak seperti ikan dan soya.
No comments:
Post a Comment